Nukilan Wan Motor

Bercakap berdasarkan pengalaman dan perjalanan hidupku yang sebenarnya...

Sunday, November 23, 2014

KANDUNGAN UCAPAN DARI BEKAS HAKIM NEGARA TUN ABDUL HAMID . Wajib Baca !!



Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan".

"Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.

"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini .

Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.

‪#‎kekalkanaktahasutan‬

FB :  Nukilan Wan Motor 

KAKITANGAN KERAJAAN BERISIKO JADI GELANDANGAN BERIKUTAN KENAIKAN HARGA RUMAH

Kenaikan harga rumah kini bukan sahaja di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.

Ini membuatkan rakyat kini terdesak untuk memiliki rumah biarpun mahal.

Bagaimanapun, pembeli berdepan risiko untuk tidak diluluskan pinjaman kerana kekangan pendapatan yang membenarka  pinjaman perumahan mereka diluluskan.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya kakitangan kerajaan pun berisiko terlibat sama sebagai gelandangan apabila tidak memiliki rumah.

Kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah yang melambung tinggi kini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu boleh berlaku kerana penjawat awam dengan pendapatan kini tidak mampu membeli rumah dengan harga yang sangat tinggi.

Katanya, Cuepacs menyokong saranan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sebelum ini agar kerajaan campur tangan dalam menentukan harga rumah.

“Sekarang harga rumah tidak mampu lagi dikawal, walaupun kerajaan baru-baru ini bersetuju mana-mana orang luar yang mahu memiliki hartanah di Malaysia mestilah berharga RM1 juta ke atas.

“Rentetan itu, dikhuatiri pemaju akan mengambil kesempatan menaikkan lagi harga rumah dan mengakibatkan rakyat negara terus tidak mampu memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyarankan kerajaan mewujudkan dasar seorang rakyat sebuah rumah.

“Kita mahu dasar di mana rakyat mampu beli rumah. Bagaimana caranya, ia tanggungjawab kerajaan melakukannya terutama mengawal harga rumah,” katanya.

Apa yang diperkatakan Presiden Ceupacs itu ada benarnya biarpun kerajaan mewujudkan PRIMA.

Lihat saja harga rumah PRIMA yang disyorkan kerajaan tidak kurang mahalnya dengan harga rumah lain.


Assalamualaikum WBT ( Salam Perjuangan Buat Sahabat Perjuangan Anak Bangsa )

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah... Saya sudah kembali semula untuk menulis dan mengajak rakan rakan untuk menilai perkara perkara yang telah terjadi dalam kehidupan masyarakat kita setempat.

Nama Saya Ridwan atau lebih mesra di panggil Wan Motor...Sebenarnya tidak perlu pun nak bercerita panjang mengenai diri saya kerana kebanyakan orang sudah mengenali diri saya... Insyaallah..

Apa yang saya mahu katakan di sini adalah "SAYA SUDAH KEMBALI" !


Facebook : Nukilan Wan Motor